FOLLOW DASHBOARD
Dinie

  • im back? lewls.
  • Pengorbanan.
  • Mafi Qalbi Ghairullah.
  • Melaka : Happy and tired . :)
  • bye.
  • They Know Me right :B
  • i'm bored. ubah ubah topik , hobby now.
  • No Title.
  • TvT kenapa ? and Selamat Hari Raya Qurban :*

  • im back? lewls.
    Khamis, 7 Januari 2016 • 7.1.16 • 0 comments
    assalamualaikum *toktok*
    haaaaaaaaaaaaaaai blurp blurp.
    tak sangka dah 3 tahun tinggal blog ni bersepah barai dan sebagainya.
    hahaha sorry bz ada life kat luar. kahkah
    sekarang je takda life sikit. huhu

    for the first time im back here because i have nothing to do instead of baca buku dan mengacau orang di wasap juga sibuk di twitter hahahah (( kata takda life dur? -_-''))
    like srsly boringggg gila wei cuti kalini. rasa kalau aku laki (kalau la) dan berjanggut semua siap ada sarang tebuan kat pipi ni. sumpah nak bayangkan dia punya 'bapak bosan wei'

    Tak kerja ke dur?

    hoiiii siapa je taknak kerja wei, bagitau aku?! nak sesangat ya Allah ;( tapi my mom tak bagi hahaha takpelah duk jela rumah ade gak benda nak buat seperti kira semut berjalan di dinding contohnya.

    oh ya how exam dur?

    ya Allah apa apa yang akan aku dapat lepas ni , alhamdulillah redha ajelah aku taknak fikir ((tapi still fikir)) ((haha apakah dur ni)) aku takleh kata apa wei, dak dak batch belakang please la takyah banding kau punya spm ke apa ngan spm kami. oh please weh lain gila. please la its fuhh masya Allah . tu je mampu kabo. but ya , i really hope its really fine. just please let my parent happy dgn result aku n batch 98. amin.

    hah bila takde keje baru nak usha blog. pehal?
    kahkah bagai kacang lupakan kulit, hahaha cuma aku manusia aje. wei takdelah, aku x penah lupa aku ada blog, but aku selalu lepak pun kat tumblr wei. sorry k. aku usha sebab nak baca kenangan n apa yg aku type lelepas . hmm banyak aku delete sebab gambar pun dah x mo keluar. link hilang dan sebagainya. bila baca rasa sedih. rupanya aku dah jalani life aku dan masalah yg hampir sama tiap tahun. i was like


    "omg omg wehhh apehal macam terpanah balik niii"

    haha centulah.

    rasa rindu pun ada. srs rindu nak sekolah balik.
    rindu nak jumpa cikgu n member.ehhh kalau kau rasa zaman sekolah kau tak best tu kau punya pasal ah. zaman sekolah aku best gila wehhhh hahahaha saja nak bagi jeles.

    bila tb balik ni hahahaha baru perasaan aku ni dah x cabi macam dulu (yekyek je tahtah lagi cabi)

    hahaha so for today i just nak say hiiiii guys im back. will post something yg lebih bermanfaat or something yang boleh dikongsikan bersama atau pendapat aku utk beberapa situasi yg aku nampak or yg aku alami.

    so again, welcome to my blog guys. hehe genight its late enough. im lack of sleep (acahacah) hehe ok tata.




    Pengorbanan.
    Ahad, 29 Disember 2013 • 29.12.13 • 0 comments
    Assalamualaikummmm :)

    ceit. dah lama tak update.

    nak cer sesuatu untuk post harini. its about pengorbanan. 

    yeah *buat suara seram*

    okay harini aku belajar banyak sangat tentang pengorbanan.

    firstly : bapa yang menjaga anak anaknya ketika bekerja di pasar.

    pagi tadi aku ke pasar. mengisi perut kosong. dalam pasar ada gerai makanan.
    dalam perjalanan mencari gerai pilihan. aku berhenti di satu gerai. sebab belakang gerai tu ada meja kosong.
    Alhamdulillah. 
    tiba tiba aku melihat seorang bayi lelaki . comel. memegang botol susu dalam walkernya.
    bayi tersebut senyum. dalam hati " comelnya, pandai dia senyum" . 
    abah bertanya: bayi siapa ni?
     tiba tiba pemilik gerai toleh dan berkata " saya ayah dia." sedang tangannya masih fokus meletak nasi dalam pinggan. "itu ibunya" .
     seakan aku melihat dia seperti kakakku. umurnya tampak muda. aku perhati walker satu dan dua lagi kereta sorong bayi. eh?
    aku perasan ada seorang budak kecil tidur lena didalamnya. tersentak seketika 
    "panasnya pasar ni. dia masih boleh tidur dengan selesa? kalau aku dah lama menangis"

    usai makan, bayi kecil tadi tiba tiba menangis.

     bapanya yang dari tadi sibuk melayan pelanggan di gerai, 
    berhenti membuat kerja dan terus meluru ke arah bayi tadi. dia mengendong dengan penuh kasih sayang.
    mencuba untuk mendodoikan. namun bayi tadi tak mahu tidur. dia cuma mahu di dukung. lumrah bayi.
    inginkan kasih sayang infiniti.

    abangnya pula bangun. menangis tersesak esak. ini juga sifat budak kecil. bangun bangun terus nangis.
    macam ayat iklan pulak.ihik.

    ibunya pula menggantikan shift. duduk rapat pada budak tadi dan menggerakkan kereta sorong bayi tadi.
    nampak jelas ibunya dan ayahnya sangat kepenatan. kasihan aku melihat mereka.

    membesarkan anak anaknya di pasar. bukan mudah. besar pengorbanan mereka. moga adik beradik itu menjadi anak yang soleh kelak. moga keluarga itu menjadi sakinah mawaddah warahmah

    bersyukurlah kamu masih dibesarkan dalam keadaan tidak bersusah payah. menahan panas setiap hari.

    secondly : ibu yang kehilangan 3 anaknya serentak.

    aku ambil cerita ini dari ikim fm slot usrati. menyayat hati.

    ketika ibunya sibuk mengemas ruang tamu, dia terdengar tangisan anak keduanya . tangisan itu bukan tangisan biasa. tangisan itu tangisan kesakitan. Naluri ibu selalunya benar.

    dia berlari ke arah anak keduanya dan kaku. terdapat "pan pemanas" melekat di dadanya. 
    anaknya tadi minta diselamatkan dari satu tangisan. rupa rupanya anak pertamanya mengajak adiknya bermain di dapur. ya, pan itu masih panas. anak sulungnya yang takut akan dimarahi ibunya, menyorok di sekitar kawasan rumah.
    dua besi tajam terhunus di dada anaknya, darah terpancut pancut tak mahu menyerah. tak mahu berhenti. 

    ibunya tidak mencari anak sulungnya berada di mana, ibunya terus melulu mengendong anak keduanya kedalam kereta untuk di bawa ke hospital. ketika kereta mengundur, tiba tiba terasa sesuatu yang aneh. seperti terlanggar sesuatu. Ibu tadi keluar lalu menangis semahunya. rupa rupanya anak sulungnya menyorok di belakang kereta. kepalanya terkoyak. dan berdarah. dengan penuh kasih sayang, dia meletakkan anak sulungnya di sebelah tempat duduk pemandu. dengan kudrat yang makin lemah, jiwa yang makin longlai melihat dua anaknya begitu, dia memecut laju ke hospital.

    tiba di pertengahan jalan, anak keduanya yang di letakkan diatas riba , yang menangis dari tadi, berhenti menangis. dada ibu semakin berombak. nafasnya terhenti. dia menoleh ke sebelah, melihat anak sulungnya yang meraung kesakitan, makin lemah suaranya, dengan harapan, ibunya berkata "Abang jangan pergi, mama taknak abang pergi!" tiba tiba suasana menjadi sepi . nafas abangnya juga berhenti.
    ketika air matanya jatuh dan terus jatuh sambil meraung "Ya Allah , anak anak aku"

     ibunya  tadi menghentikan kereta mengejut. dia baru teringat sesuatu. Anak yang paling kecil masih berada dirumah. Ya Allah! hatinya dipagut kerisauan. air mata sudah banyak yang keluar, darah anak anaknya sudah penuh dibaju ibu tadi.

    ketika sampai dirumah , ibunya mendapati .............................
    anak ketiganya tadi juga dipanggil Allah. anaknya tadi telah masuk ke tandas dan bermain air yang penuh didalam baldi. anaknya memasukkan kepalanya kedalam baldi tersebut. lemas.

    ibunya terduduk. kaku. tak berkutik. "Allah" kata ibunya lirih.
    Dicabut ketiga tiga nyawa anaknya dalam masa yang lebih kurang sama.
    apa perasaan kita, jika Allah menarik nyawa orang yang kita sayang dalam masa yang sama. Allahu.
    Moga Allah memberi ketabahan pada ibu itu. Amin.








    Mafi Qalbi Ghairullah.
    Ahad, 10 November 2013 • 10.11.13 • 0 comments
    .







    Assalamualaikum.

    Post harini adalah tentang diri seorang muslimah.

    Seorang yang lahir dari keluarga yang sangat biasa. Tidak Miskin Tidak Kaya, Alhamdulillah.

    Seorang yang riang, yang buat lawak pelik. Yang tak mampu mengawal perasaan.

    Sungguh Emosi. Sungguh pelik. Mahu Jadi Tuan kepada Emosi. Malangnya masih gagal. Tapi Tak bererti Putus Asa. Masih Berusaha. Itu matlamatnya.

    Katanya bila sudah dewasa,  mahu jadi seorang doktor merawat gigi manusia.

    Ketawa.

     Entahlah.

    InsyaAllah, Mampu merancang, Allah tentukan.

    Dirinya bisa mengawal air matanya di hadapan orang ramai, kawan, ibu bapa, adik beradik, saudara mara,
    Namun Bila bersendirian, air mata ini selalu jatuh, tanpa di pelawa, tanpa di pinta. Sangat Tersiksa.

    Tanpa ada seorang pun beritahu "Tabahlah terus tabah"
    dirinya mampu berbuat sedemikian. Tah dari mana datangnya kekuatan. Mungkin Allah ingin biasakan dirinya dengan Perasaan Kuat. Hadapi Semua. Walaupun Sakit. Syurga Menanti. Katanya Lagi.

    Kadang hati  merana, Ujian datang bertalu talu. Mampukah dirinya bertahan? Mampukah dirinya lalui semua ini? Mampu. InsyaAllah. Katanya sekali lagi.

    Bertahan, kerana Allah selalu ada, namun hatinya cepat terusik. Diam. dalam bilik sendiri. tempat sunyi. sesunyi hatinya. meronta. ingin meronta. "Aku tak mampu". katanya lirih. Mana kekuatan itu. Mana dia?

    Duduk di tikar sejadah, menangis lagi.
    Memohon pada yang Esa, Moga Hati Kuat Sekuat Ulama' Sekuat Nabi, Lawan Perasaan Mazmumah.

    Bercerita Dengan Tuhan , Di setiap Doanya, Ai mata tak mahu kalah. Tak mahu berhenti. Sujud. Mohon petunjuk. Mohon Allah Jangan pesong kan hatinya.

    Namun tangisan juga adalah teman baiknya, sejak kecil, sejak azali.
    Seperti tidak lengkap hidupnya dengan tangisan. Bercampur Baur. Tangisan untuk manusia, Atau Tuhan Sebenarnya?

    Tangisan juga membuktikan bahawa, hatinya ini sensetif dan lembut. Hatinya mungkin lebih kuat dengan adanya Air Mata . Lembut untuk bertaubat. Mungkin.

    Siapa sangka., Dirinya yang sentiasa senyum, gelak, ceria dan ketawa, mempunyai hidup yang sunyi.

    Baginya diam itu selamat. dari berbicara terus .

    Berbicara yang mungkin akan membangkitkan garis tajam yang berdarah dan luka dihati.

    Rakan.

    tak semestinya engkau akan menjadi rakannya selamanya.
    Satu hari nanti atau dah terjadi, engkau menjadi musuh dalam selimut pada diri nya.
    Engkau menyorokkan segala kebencian kau terhadap dirinya selama ini.

                        

    Tragis. Sakit. Sungguh sakit.

    Bagai dikelar dari belakang oleh pedang yang tajam. Setajam lidah Engkau.

    Dirinya mampu menahan segala kelaran. Allah Ada Disetiap nafasku. Kuatkan hati mu. Menangislah kalau itu yang mampu membuatmu tenang. Katanya dalam esakkan.

    Tapi mengapa harus membenci? Jika menyayangi itu mudah? Mengapa? Ah biarkan saja.

    Rakan ini baru meninggalkanmu di jalan ukhuwah. Dirinya sudah tak dapat menahan segala sedih dan perih.
    Apatah lagi bila rakan nya meninggalkan dirinya di dunia ini. Sendirian.

    Dirinya gembira, masih punya kedua insan penawar duka, ibu dan ayah. Atau dikenali dengan Mak dan Abah. Pasangan romantis setiap masa. Menjadi kan adik beradik cemburu melihatnya. Tanpa Mereka tiadalah dirinya didunia ini. Dunia yang penuh cabaran.

    Senyum dalam tangisan.

    Dirinya kuat mengelamun. hari hari berfikir. bukan mengelamun kosong. 



    Fikirannya menerewang di mana mana. Tiba Tiba seseorang menegur.

    "Kenapa sedih?"

    Dirinya menafikan.

    "Even tak sampai setahun kita bersahabat, aku mampu melihat kesedihan di wajah kau"

    Dirinya menangis. Lantas Bersuara.

    "Akan adakah lagi rakan dan sahabat sepertimu? sentiasa berada di sisi? dapat meneka aku dalam kesedihan?"

    Sahabatnya tadi senyum dan menangis. Dipeluk dirinya erat.

    "Aku juga takkan jumpa sahabat seperti kau, Malah sama macam kau, Kita kan unik. berbeza. Tapi kau dan aku masih menjadi kawan. insyaAllah sampai Syurga"

    "Kita kan macam Spongebob dan Patrick.hee."

    Dirinya membalas pelukan itu.

    "Kalau boleh , Aku tak mahu tinggalkan kau disini. Aku pasti akan rindu kenangan kita."

    Sedihnya dah 2 tahun berlalu. Dirinya masih merindukan kamu wahai sahabat. Berpisah sebentar sahaja di dunia. Mungkin  akan bertemu dirimu kembali di mana mana bahkan akhirat. InsyaAllah

    Dirinya pernah bergaduh dengan sahabatnya tadi.

    Lama juga, Sahabat tadi merendahkan egonya, meminta maaf.

    Dirinya tak mampu untuk menahan amarah, lantas memaafkan dan akhirnya menjadi sahabat sehingga sekarang.

    Bila difikir, teruk juga dirinya dulu. Namun Jika Tiada Kepahitan itu masakan dirinya dapat merasa Kemanisan itu sekarang.

    Senyum. Nangess.

    Jarang berjumpa namun di pesanan ringkas sentiada berhubung.

    Sahabatnya seorang yang hebat. masih mampu meneka dirinya yang sedang berada dalam kesedihan.

    menghantar pesanan " Assalamualaikum . Aku dah balik dari Asrama, Eh kau Okay ke?"

    Terkejut membacanya, lantas membalas " Waalaikummussalam. Mana kau tahu aku tak okay?"

    Bermulalah cerita. Namun Dia sentiasa memberi nasihat. tak pernah jemu.

      " Stay Connect To Allah, You Will Connect With Me to. Anytime" Balasnya.

    Gembira hati bersulam rindu pada sahabat itu. Masih Menanti dirinya bercuti panjang.

    "Tiada lagi orang lain yang aku jumpa, perwatakannya macam kau , sahabat"

    Takpernah marah, malah menolak dengan baik, bercerita tentang hati, dia juga meminati seseorang, sering bercerita. berkongsi cerita. sungguh ceria.

    Tak pernah dia jauhkan dirnya dari aku. Tak pernah dia lupa tentang diri aku. Terima kasih sahabat . Terima kasih.

    Dirinya tak mampu menahan sedih, ujian datang silih berganti.

    Hadirnya rakan penyeri kehidupan, membawa bahagia, namun bila duka, aku bersendirian.

    sering bertanya, "kenapa ini terjadi?" Allah mungkin ingin aku segera bermuhasabah. Husnudzon nya lagi.




                                                




    Peluk Al Quran. Peluk Erat.

    Dirinya juga tak lari dari kesalahan. Sering melupakan hadirnya Al Quran.

    Al Quran ini juga sering dipakai bersama sahabatnya ketika di sekolah lama.

    Makin Erat Pelukannya. Seperti Eratnya Ukhuwah bersama sahabatnya dulu.

    Air mata yang kering di helaian Al Quran. Mengharap tiada siapa menyedarinya.

    Kerap terfikir. merindukan orang yang tak pernah aku lihat. Rasulullah.

    Ya . Akankan dirinya dapat bertemu dengan mu? persoalan itu tergantung. Tiada siapa berani menjawab.

    Selain rasulullah, dirinya teringat tentang gugurnya adik beradik ketika dalam kandungan

    Kakak dan abang pasti sekarang berada si Syurga. Menanti Ibu. Seronoknya berada disana.

    Kakak juga, Anaknya pasti sudah menunggu disana.

    Nangess lagi.. Bagaimana dengan dirinya? Tiada siapa yang menunggu  disana. TIADA. Meraup Muka.

    Sungguh kerdil diri ini Ya Allah. Harus dirinya selalu ingat. Tak pernah Lupa Mafi Qalbi Ghairullah.

    Cukuplah Allah Berada di hatiku. Cukup itu Hatinya Tenang.














    PAST