FOLLOW DASHBOARD
Dinie

  • Mafi Qalbi Ghairullah.
  • Melaka : Happy and tired . :)
  • bye.
  • They Know Me right :B
  • i'm bored. ubah ubah topik , hobby now.
  • No Title.
  • TvT kenapa ? and Selamat Hari Raya Qurban :*

  • Pengorbanan.
    Ahad, 29 Disember 2013 • 29.12.13 • 0 comments
    Assalamualaikummmm :)

    ceit. dah lama tak update.

    nak cer sesuatu untuk post harini. its about pengorbanan. 

    yeah *buat suara seram*

    okay harini aku belajar banyak sangat tentang pengorbanan.

    firstly : bapa yang menjaga anak anaknya ketika bekerja di pasar.

    pagi tadi aku ke pasar. mengisi perut kosong. dalam pasar ada gerai makanan.
    dalam perjalanan mencari gerai pilihan. aku berhenti di satu gerai. sebab belakang gerai tu ada meja kosong.
    Alhamdulillah. 
    tiba tiba aku melihat seorang bayi lelaki . comel. memegang botol susu dalam walkernya.
    bayi tersebut senyum. dalam hati " comelnya, pandai dia senyum" . 
    abah bertanya: bayi siapa ni?
     tiba tiba pemilik gerai toleh dan berkata " saya ayah dia." sedang tangannya masih fokus meletak nasi dalam pinggan. "itu ibunya" .
     seakan aku melihat dia seperti kakakku. umurnya tampak muda. aku perhati walker satu dan dua lagi kereta sorong bayi. eh?
    aku perasan ada seorang budak kecil tidur lena didalamnya. tersentak seketika 
    "panasnya pasar ni. dia masih boleh tidur dengan selesa? kalau aku dah lama menangis"

    usai makan, bayi kecil tadi tiba tiba menangis.

     bapanya yang dari tadi sibuk melayan pelanggan di gerai, 
    berhenti membuat kerja dan terus meluru ke arah bayi tadi. dia mengendong dengan penuh kasih sayang.
    mencuba untuk mendodoikan. namun bayi tadi tak mahu tidur. dia cuma mahu di dukung. lumrah bayi.
    inginkan kasih sayang infiniti.

    abangnya pula bangun. menangis tersesak esak. ini juga sifat budak kecil. bangun bangun terus nangis.
    macam ayat iklan pulak.ihik.

    ibunya pula menggantikan shift. duduk rapat pada budak tadi dan menggerakkan kereta sorong bayi tadi.
    nampak jelas ibunya dan ayahnya sangat kepenatan. kasihan aku melihat mereka.

    membesarkan anak anaknya di pasar. bukan mudah. besar pengorbanan mereka. moga adik beradik itu menjadi anak yang soleh kelak. moga keluarga itu menjadi sakinah mawaddah warahmah

    bersyukurlah kamu masih dibesarkan dalam keadaan tidak bersusah payah. menahan panas setiap hari.

    secondly : ibu yang kehilangan 3 anaknya serentak.

    aku ambil cerita ini dari ikim fm slot usrati. menyayat hati.

    ketika ibunya sibuk mengemas ruang tamu, dia terdengar tangisan anak keduanya . tangisan itu bukan tangisan biasa. tangisan itu tangisan kesakitan. Naluri ibu selalunya benar.

    dia berlari ke arah anak keduanya dan kaku. terdapat "pan pemanas" melekat di dadanya. 
    anaknya tadi minta diselamatkan dari satu tangisan. rupa rupanya anak pertamanya mengajak adiknya bermain di dapur. ya, pan itu masih panas. anak sulungnya yang takut akan dimarahi ibunya, menyorok di sekitar kawasan rumah.
    dua besi tajam terhunus di dada anaknya, darah terpancut pancut tak mahu menyerah. tak mahu berhenti. 

    ibunya tidak mencari anak sulungnya berada di mana, ibunya terus melulu mengendong anak keduanya kedalam kereta untuk di bawa ke hospital. ketika kereta mengundur, tiba tiba terasa sesuatu yang aneh. seperti terlanggar sesuatu. Ibu tadi keluar lalu menangis semahunya. rupa rupanya anak sulungnya menyorok di belakang kereta. kepalanya terkoyak. dan berdarah. dengan penuh kasih sayang, dia meletakkan anak sulungnya di sebelah tempat duduk pemandu. dengan kudrat yang makin lemah, jiwa yang makin longlai melihat dua anaknya begitu, dia memecut laju ke hospital.

    tiba di pertengahan jalan, anak keduanya yang di letakkan diatas riba , yang menangis dari tadi, berhenti menangis. dada ibu semakin berombak. nafasnya terhenti. dia menoleh ke sebelah, melihat anak sulungnya yang meraung kesakitan, makin lemah suaranya, dengan harapan, ibunya berkata "Abang jangan pergi, mama taknak abang pergi!" tiba tiba suasana menjadi sepi . nafas abangnya juga berhenti.
    ketika air matanya jatuh dan terus jatuh sambil meraung "Ya Allah , anak anak aku"

     ibunya  tadi menghentikan kereta mengejut. dia baru teringat sesuatu. Anak yang paling kecil masih berada dirumah. Ya Allah! hatinya dipagut kerisauan. air mata sudah banyak yang keluar, darah anak anaknya sudah penuh dibaju ibu tadi.

    ketika sampai dirumah , ibunya mendapati .............................
    anak ketiganya tadi juga dipanggil Allah. anaknya tadi telah masuk ke tandas dan bermain air yang penuh didalam baldi. anaknya memasukkan kepalanya kedalam baldi tersebut. lemas.

    ibunya terduduk. kaku. tak berkutik. "Allah" kata ibunya lirih.
    Dicabut ketiga tiga nyawa anaknya dalam masa yang lebih kurang sama.
    apa perasaan kita, jika Allah menarik nyawa orang yang kita sayang dalam masa yang sama. Allahu.
    Moga Allah memberi ketabahan pada ibu itu. Amin.









    PASTFUTURE