FOLLOW DASHBOARD
Dinie

  • Melaka : Happy and tired . :)
  • bye.
  • They Know Me right :B
  • i'm bored. ubah ubah topik , hobby now.
  • No Title.
  • TvT kenapa ? and Selamat Hari Raya Qurban :*

  • Mafi Qalbi Ghairullah.
    Ahad, 10 November 2013 • 10.11.13 • 0 comments
    .







    Assalamualaikum.

    Post harini adalah tentang diri seorang muslimah.

    Seorang yang lahir dari keluarga yang sangat biasa. Tidak Miskin Tidak Kaya, Alhamdulillah.

    Seorang yang riang, yang buat lawak pelik. Yang tak mampu mengawal perasaan.

    Sungguh Emosi. Sungguh pelik. Mahu Jadi Tuan kepada Emosi. Malangnya masih gagal. Tapi Tak bererti Putus Asa. Masih Berusaha. Itu matlamatnya.

    Katanya bila sudah dewasa,  mahu jadi seorang doktor merawat gigi manusia.

    Ketawa.

     Entahlah.

    InsyaAllah, Mampu merancang, Allah tentukan.

    Dirinya bisa mengawal air matanya di hadapan orang ramai, kawan, ibu bapa, adik beradik, saudara mara,
    Namun Bila bersendirian, air mata ini selalu jatuh, tanpa di pelawa, tanpa di pinta. Sangat Tersiksa.

    Tanpa ada seorang pun beritahu "Tabahlah terus tabah"
    dirinya mampu berbuat sedemikian. Tah dari mana datangnya kekuatan. Mungkin Allah ingin biasakan dirinya dengan Perasaan Kuat. Hadapi Semua. Walaupun Sakit. Syurga Menanti. Katanya Lagi.

    Kadang hati  merana, Ujian datang bertalu talu. Mampukah dirinya bertahan? Mampukah dirinya lalui semua ini? Mampu. InsyaAllah. Katanya sekali lagi.

    Bertahan, kerana Allah selalu ada, namun hatinya cepat terusik. Diam. dalam bilik sendiri. tempat sunyi. sesunyi hatinya. meronta. ingin meronta. "Aku tak mampu". katanya lirih. Mana kekuatan itu. Mana dia?

    Duduk di tikar sejadah, menangis lagi.
    Memohon pada yang Esa, Moga Hati Kuat Sekuat Ulama' Sekuat Nabi, Lawan Perasaan Mazmumah.

    Bercerita Dengan Tuhan , Di setiap Doanya, Ai mata tak mahu kalah. Tak mahu berhenti. Sujud. Mohon petunjuk. Mohon Allah Jangan pesong kan hatinya.

    Namun tangisan juga adalah teman baiknya, sejak kecil, sejak azali.
    Seperti tidak lengkap hidupnya dengan tangisan. Bercampur Baur. Tangisan untuk manusia, Atau Tuhan Sebenarnya?

    Tangisan juga membuktikan bahawa, hatinya ini sensetif dan lembut. Hatinya mungkin lebih kuat dengan adanya Air Mata . Lembut untuk bertaubat. Mungkin.

    Siapa sangka., Dirinya yang sentiasa senyum, gelak, ceria dan ketawa, mempunyai hidup yang sunyi.

    Baginya diam itu selamat. dari berbicara terus .

    Berbicara yang mungkin akan membangkitkan garis tajam yang berdarah dan luka dihati.

    Rakan.

    tak semestinya engkau akan menjadi rakannya selamanya.
    Satu hari nanti atau dah terjadi, engkau menjadi musuh dalam selimut pada diri nya.
    Engkau menyorokkan segala kebencian kau terhadap dirinya selama ini.

                        

    Tragis. Sakit. Sungguh sakit.

    Bagai dikelar dari belakang oleh pedang yang tajam. Setajam lidah Engkau.

    Dirinya mampu menahan segala kelaran. Allah Ada Disetiap nafasku. Kuatkan hati mu. Menangislah kalau itu yang mampu membuatmu tenang. Katanya dalam esakkan.

    Tapi mengapa harus membenci? Jika menyayangi itu mudah? Mengapa? Ah biarkan saja.

    Rakan ini baru meninggalkanmu di jalan ukhuwah. Dirinya sudah tak dapat menahan segala sedih dan perih.
    Apatah lagi bila rakan nya meninggalkan dirinya di dunia ini. Sendirian.

    Dirinya gembira, masih punya kedua insan penawar duka, ibu dan ayah. Atau dikenali dengan Mak dan Abah. Pasangan romantis setiap masa. Menjadi kan adik beradik cemburu melihatnya. Tanpa Mereka tiadalah dirinya didunia ini. Dunia yang penuh cabaran.

    Senyum dalam tangisan.

    Dirinya kuat mengelamun. hari hari berfikir. bukan mengelamun kosong. 



    Fikirannya menerewang di mana mana. Tiba Tiba seseorang menegur.

    "Kenapa sedih?"

    Dirinya menafikan.

    "Even tak sampai setahun kita bersahabat, aku mampu melihat kesedihan di wajah kau"

    Dirinya menangis. Lantas Bersuara.

    "Akan adakah lagi rakan dan sahabat sepertimu? sentiasa berada di sisi? dapat meneka aku dalam kesedihan?"

    Sahabatnya tadi senyum dan menangis. Dipeluk dirinya erat.

    "Aku juga takkan jumpa sahabat seperti kau, Malah sama macam kau, Kita kan unik. berbeza. Tapi kau dan aku masih menjadi kawan. insyaAllah sampai Syurga"

    "Kita kan macam Spongebob dan Patrick.hee."

    Dirinya membalas pelukan itu.

    "Kalau boleh , Aku tak mahu tinggalkan kau disini. Aku pasti akan rindu kenangan kita."

    Sedihnya dah 2 tahun berlalu. Dirinya masih merindukan kamu wahai sahabat. Berpisah sebentar sahaja di dunia. Mungkin  akan bertemu dirimu kembali di mana mana bahkan akhirat. InsyaAllah

    Dirinya pernah bergaduh dengan sahabatnya tadi.

    Lama juga, Sahabat tadi merendahkan egonya, meminta maaf.

    Dirinya tak mampu untuk menahan amarah, lantas memaafkan dan akhirnya menjadi sahabat sehingga sekarang.

    Bila difikir, teruk juga dirinya dulu. Namun Jika Tiada Kepahitan itu masakan dirinya dapat merasa Kemanisan itu sekarang.

    Senyum. Nangess.

    Jarang berjumpa namun di pesanan ringkas sentiada berhubung.

    Sahabatnya seorang yang hebat. masih mampu meneka dirinya yang sedang berada dalam kesedihan.

    menghantar pesanan " Assalamualaikum . Aku dah balik dari Asrama, Eh kau Okay ke?"

    Terkejut membacanya, lantas membalas " Waalaikummussalam. Mana kau tahu aku tak okay?"

    Bermulalah cerita. Namun Dia sentiasa memberi nasihat. tak pernah jemu.

      " Stay Connect To Allah, You Will Connect With Me to. Anytime" Balasnya.

    Gembira hati bersulam rindu pada sahabat itu. Masih Menanti dirinya bercuti panjang.

    "Tiada lagi orang lain yang aku jumpa, perwatakannya macam kau , sahabat"

    Takpernah marah, malah menolak dengan baik, bercerita tentang hati, dia juga meminati seseorang, sering bercerita. berkongsi cerita. sungguh ceria.

    Tak pernah dia jauhkan dirnya dari aku. Tak pernah dia lupa tentang diri aku. Terima kasih sahabat . Terima kasih.

    Dirinya tak mampu menahan sedih, ujian datang silih berganti.

    Hadirnya rakan penyeri kehidupan, membawa bahagia, namun bila duka, aku bersendirian.

    sering bertanya, "kenapa ini terjadi?" Allah mungkin ingin aku segera bermuhasabah. Husnudzon nya lagi.




                                                




    Peluk Al Quran. Peluk Erat.

    Dirinya juga tak lari dari kesalahan. Sering melupakan hadirnya Al Quran.

    Al Quran ini juga sering dipakai bersama sahabatnya ketika di sekolah lama.

    Makin Erat Pelukannya. Seperti Eratnya Ukhuwah bersama sahabatnya dulu.

    Air mata yang kering di helaian Al Quran. Mengharap tiada siapa menyedarinya.

    Kerap terfikir. merindukan orang yang tak pernah aku lihat. Rasulullah.

    Ya . Akankan dirinya dapat bertemu dengan mu? persoalan itu tergantung. Tiada siapa berani menjawab.

    Selain rasulullah, dirinya teringat tentang gugurnya adik beradik ketika dalam kandungan

    Kakak dan abang pasti sekarang berada si Syurga. Menanti Ibu. Seronoknya berada disana.

    Kakak juga, Anaknya pasti sudah menunggu disana.

    Nangess lagi.. Bagaimana dengan dirinya? Tiada siapa yang menunggu  disana. TIADA. Meraup Muka.

    Sungguh kerdil diri ini Ya Allah. Harus dirinya selalu ingat. Tak pernah Lupa Mafi Qalbi Ghairullah.

    Cukuplah Allah Berada di hatiku. Cukup itu Hatinya Tenang.














    PASTFUTURE